Pages

Mari Buat Kuih Pretzel Simpul




Alahai pretzel......puan2 kenal tak pretzel????? 
erm...
erm...
erm...
alaaaaaaaaa........................biskut dr mexico tuuuuu..yang pintal2 turrrrrrrr....erm klu tak kenal gak nih ade gambonyer..pretzel baru siap dibakar...


Ari ni kite nak belaja buat biskut pretzel yang agak hot tu...tp yg ni first time me wat ni simpul mudah jer..takde lilit cam org len wat.....br skang leh upload maklumlar ade anak kecik2 ni mmg sukar nak update blog....


Sebenarnya me byk kali dah google ttg pretzel nih...macam2 versi resepi yang ade..x penah wat cume penah rase tapi ade mcm2 rase..ade yg rangup , ade yang liat sampai tergeliat gigi nak kunyah, yang lembut n tak jadi pun ade...huhuhu....tp terpulanglar kepada puan2 nak guna resepi yang sesuai....google jer kan..juperlar nanti
Oklar..alkisahnya....tetiba me rasa nak wat skali lg pretzel nih..yer lar yg wat memula tu simpul mudah rasa cam tak puas ati jek kan..cari semula resepi n terus ke dapur n stat buatkan, almaklumlar sume bahan ade kat umah nih. ni pretzel yang second make..





Ok kite layan dl resepi ni...tp me ade edit skitlar...

Bahan-bahan ( 12 keping )

1 paket yis
4 cawan tepung serbaguna
1 biji telur dicampur 1 sudu makan air dan dipukul. (Untuk disapu atas pretzel sahaja)
1 1/2 sudu teh Garam
1 sudu makan gula
2 sudu makan mentega yang dicairkan.
Minyak sayur (untuk sapuan sahaja)

Hiasan/perasa tambahan (mana-mana pilihan jika suka)
Garam laut (sea salt flakes) – untuk hiasan boleh juga guna gula atau serbuk kayu manis..boleh didapati di kedai peralatan kek.
Coklat masakan/nuttela
Gula karamel

Dah ade bahan leh lar mula operasi mempretzel.

1. Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama 5 minit tanpa dikacau.
2. Setelah 5 minit. Masukkan tepung serbaguna satu demi satu pada kelajuan yang rendah (minimum) di selang selikan dengan mentega yang telah dicairkan.
3. Uli dengan pemutar kek selama 7 minit. Jika diuli dengan tangan doh perlu diuli selama 10 ke 15 minit.

4. Siap diuli..sapukan minyak sayuran pada mangkuk yang bersih. Ambil doh dan bentukkan menjadi bulat. Letak dlm mangkuk dan sapukan minyak sayuran atas doh supaya permukaannya licin.

5. Tutup dengan plastik kedap udara selama 1 jam di kawasan yang lembab/tidak sejuk (suhu bilik).
6. Selepa sejam, ambil doh tersebut dan bahagi kepada 2 bahagian. Setiap 1 bahagian dibahagikan menjadi 6 ketulan kecil.
7. Uli memanjang menjadi seperti tali dan bentukkan menjadi huruf ‘U’. Ambil hujung doh bawa ke bawah dan tekan hujungnya. Ulangi langkah ni hingga semua doh siap.



8. Sapu dulang pembakar dengan minyak sayuran. Susun atas tray.


9. Sapukan telur pada setiap doh. Taburkan garam laut/sea salt (garam biasa pon boleh juga) atau serbuk kayu manis. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10 -15 minit.

10. Biar pretzel menjadi warna keperangan baru diangkat.. biar seketika lebih kurang 3 -5 minit sebelum dihidangkan.
11. Jika suka, bolehlah celup pretzel tersebut dalam coklat cair atau boleh juga dalam gula karamel dan biarkan sekejap untuk ianya membeku. Pasti memikat selera siapa sahaja yang melihat.

Mari kite meroti @ Roti Sarang Lebah

Jom meroti......

Haaa..kali ni me nak citer pasal roti yang tgh hot sejak dua menjak ni iaitu roti sarang lebah...

So ape lagi, me pun google lar resepi, rupenya byak beno dah resepi maknenya me ni dah tertinggal bas...org lain dah lame dok wat roti ni..me br jer nak mencari...hihihi...pas dah juper resepi apa lagi trus ajak hubby gi cari barang ape2 yg patut....n then......................


ni mula2 me wat roti sarang lebah..nampak lucu kan langsung takde rupe roti sarang lebah..tp telan gaklar coz terliur sgt asik tgk org post dalam fb kan....



Yang sebelah kanan ni lak kali kedua wat..tp me letak keju skit...puan2 klu nak cantik lagi leh sapu kuning telur atas roti sebelum bakar yer...br nampak keemasan n menyelerekan...ok kita layan resepi ni kat bawah...So leh cuba tau jgn tak cuba

MINI BUN SARANG LEBAH

resipi : Lydia Honey


Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam 
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:


1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.

3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Sebenarnya membuat roti bukanlar mudah...macam roti yang kite beli kat kedai tu..warnanya yang putih bersih, rasanya yaang lembut walaupun dah berminggu-minggu dah dibuat....So nak dapatkan maklumat lanjut tentang cara menghasilkan roti yang sedap, puan2 boleh baca link ni DISINI berkaitan ngan roti yer..semoga page ni boleh memberi panduan kepada u all.

Apam Polkadot Comel

Assalamualaikum.....


Hai...puan-puan yang cantik manis secantik rasa apam polkadotku...hehehe. Ok arini nak citer pasal apam polkadot yg nampak comel  tapi tak sanggup dimakan...Kisah ni dah lame tp baru nak dimasukkan dalam entri..takperlar nak wat camne masa tak mengizinkan...So...ni kali ke-3 me wat apam ni tau...baru kali ni menjadi.....sebelum nih ermmmm...sedih nak citer coz jd keras n bantat...kata orang klu baling kat kucing pun leh pengsan kucing tu...hahahahaha

Kiranya agak rumit nak buat kuih ni..Teliti tu amat penting...macam me ni ade 2 boy  yg sangat aktif....so nak baking kena pastikan dorang tido lena dulu..klu tak....erm paham2 jerla kan.....dorang dah tido so leh lar wat ngan teliti.....nak kena bahagi bekas ikut warna...me suka wat 4 colour br nampak colourful kan....pastu nak paipkan lagi...n then nak wat dot-dot lagi...sakit gak pinggang nak mendotkan kuih apam ni...tapi nak makan punyer pasal kan...lalu segala pahit getir membaking apam ni ditempuhi jua...ceeeewahhhh.

Bile dah bosan wat dot-dot me pun try lar wat bentuk kumbang n bunga....bukan aper nak bagi 2 boy ni makan...tp seriusly, bangun pagi esoknya me tunjuk kat  2 boy kuih ni dorang bukan main suka....byk gaklar makan...maknanya sedaplar tu..hehehe..anak-anak me ni memilih skit makan, klu benda tak kena selera mmg tak makanlar..maklumlar anak-anak ayah kan

Oklar..ni me sertakan resepi untuk puan2 buat..cubalar yer....semoga berjaya......

Bahan-bahan

3 biji telur (dari peti sejuk tau)
1 susu besar ovalette
1 cawan gula kastor
1 cawan susu segar
2 1/2  cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar esen vanila

Cara-cara

1. Masukkan kesemua telur ke dalam mangkuk
2. Masukkan pula ovalette dalam mangkuk
3. Masukkan gula kastor. Pukul bahan2 ni sehingga kembang
4. Selepas adunan kembang masukkan susu segar dan esen vanila
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar adunan sehingga sebati
6. Akhir sekali masukkan serbuk penaik dan putar lagi
7.Setelah itu, bahagikan warna ikut suka. 
8.Paipkan adunan dalam acuan yang dikhaskan
9. Jangan lupa pastu watlar dot-dot atas apam tadi n kukus
10. Kukus jgn lame2 tau dalam 15 minit..kang keras sgt lak...hehehe
11. Sekian...selamat mencuba.

Sori...takdan nak snap gambar time wat apam nih.